Dalam blog saya kali tak tau nak kasi tajuk apa...tapi tak lah tajuk ni pon apa kurangnya...
*warnai hidupmu*
semua orang ada warna mereka sendiri..selalu warna sering diminati oleh kanak-kanak dan wanita..lelaki ada juga...saya kenal apa itu warna kepada pembaca blog saya..
Warna MERAH
-warna ni sering dianggap sebagai warna panas.Ia juga boleh dikatakan sebagai kekuatan,keberanian,kebencian dan sebagainya.warna ni juga adalah warna cinta dan hati.warna merah dapat menarik perhatian manusia yang melihatnya.orang yang pilih warna ni adalah seorang yang berwibawa walaupun dia seorang yang suka bersosial dan bergaul dengan lawan jenis tapi dia dapat mengawal diri.Ramai yang sudah jatuh cinta tapi dia fikir dan terus berfikir, boleh dikatakan juga sukar jatuh cinta.
Warna BIRU
-warna ni adalah warna laut dan langit.Ia memberi ketenangan kepada sesiapa yang menyukai warna ini.warna sejuk,tenang dan pasif disamping mempunyai keikhlasan dan harapan.Jika seseorang meminati warna ini dia pemurung dan selalu bertindak pasif dalam setiap hal.dia sentiasa dalam kesulitan ketika berbual dan cenderung menyembunyikan perasaan.
Warna HIJAU
-warna ni memberi mod positif.ia mengambarkan pokok dan alam semulajadi.hidup dalam kestabilan,ketenangan dan sejahtera.jika seseorang menyukai warna ni dia adalah seorang yang romantik,seorang yang sentiasa pegang pada prinsip,dalam pemilihan teman hidup, dia akan mencari seorang yang bertoleransi dan boleh dipercayai.
Warna KUNING
-ini warna matahari.ia menunujukan sifat kekuatan dalam diri.seseorang itu bersikap optimis dan moden.dia seorang periang, senang bergaul dan mempunyai penampilan yang muram.sikap tolong-menolong mesti ada dalam diri dan tidak pernah meremehkan seseorang itu walaupun dalam keadaan lemah dan bodoh.
Warna UNGU
-warna ini boleh juga dikenali sebagai violet.jika seseorang itu sangat meminati warna ini, dia seorang yang luar biasa.Rasa ragu-ragu tidak pernah ada dalam dirinya,ini membuatkan kerja yang dilakukan oleh nya sentiasa dalam keadaan sempurna.Dia pandai dalam perubah zaman.
Warna PUTIH
-sorry la!!! sebab warna putih kalu saya tulis nanti tak nampak.
-warna putih ni adalah warna yang suci sebab ia bersih.Jika kamu meminati warna ni, kamu dilahirkan ke dunia dengan sempurna.mempunyai sifat idealis dan moral yang teramat tinggi.tidak pernah angkuh,senang memberi bantuan kepada sesiapa yang memerlukan.
Warna Hitam
-jika kamu meminati warna ini,kamu sangat lincah dalam sesuatu hal tertentu.tapi jika kamu dalam lingkungan yang tidak disukai, kamu akan menjadi murung.ramai yang mengejar dan merebut cinta kamu.
Dekat sini lah saya nak mula cerita bahawa Nabi Muhammad s.a.w tidak menetapkan dan menentukan warna apa yang patut dipakai oleh umatnya.Sebenarnya baginda suka warna hitam, putih,kelabu dan pelbagai jenis warna dalam urusan biasa.
Baginda pernah berpidato kepada umatnya,baginda memakai serban hitam.Baginda memakai serban hitam pada hari raya dan baginda menyukai warna hijau.Baginda keluar dengan kepala dibalut sehelai kain berwarna kelabu.Baginda pernah berpakaian bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumaat.Baginda pernah memakai pakaian warna hitam,kelabu,merah hati dan warna campuran.
*warna boleh digunakan sebagai mengikuti sunnah baginda*
Inilah warna-warna yang digemari oleh rasulullah s.a.w, jadi kita boleh gunakan warna tersebut sebagai mengikut sunnah baginda...subhanallah..


No comments:
Post a Comment