Friday 6 December 2013

Hidup mewah,gaji besar,pangkat besar...bertuah ke dia?

Dah lama saya tak buka blog ni...saya tak tahu la nak cerita apa...tapi kali ni saya ada sedikit cerita yang sedang bermain difikiran saya sekarang...

Rasulullah s.a.w bersabda,"bertuahnya orang yang panjang umur yang taat kepada perintah Allah"

Di atas adalah hadith berkaitan bagaimana di kata kan orang yang bertuah.Tetapi kita, manusia ni banyak silap tentang bertuah kerana definisi orang sekarang bertuah tu berkait dengan dunia.

sebagai contoh:

1.Orang kata, bertuahnya anak kamu,empat orang ,gaji setiap seorang empat ribu.Jadi bertuah kerana duit banyak.kesimpulanya, duit banyak orang kafir lah bertuah kerana banyak duit.Tahukah anda ? 10 orang terkaya di dunia, tak ada nama depan dia letak haji,hajah,wan,dato',tak ada,semua orang kafir antara yang terkaya di dunia mula 23 billion dolar.Jadi bukan bertuah duit banyak.

   
                                               *kalu aku kaya*


2.Bertuah nya orang tu,duduk kerja pangkat besar,pangkat besar bukan bertuah.Kalau bertuah pangkat tu besar, firaun bertuah.Tapi ingat firaun tu musuh Allah s.w.t, walaupun pangkat dia besar tapi masuk api neraka buat selama lamanya.

3.Bertuahnya kamu, dapat bini comel.semua orang dapat bini comel.Jadi ni bukan di katakan bertuah.

Saya nak terangkan disini,bertuah tu bukan duit banyak,pangkat besar,bini comel.Tiada kaitan pon.

Jadi bertuah berkait dengan akhirat seperti hadith di atas.Oleh itu, kita perlu betulkan persepsi orang sekarang kerana mereka ingat anak mereka bertuah kerana mempunyai gaji,pangkat yang besar.

Yang boleh dikata kan bertuah lihat pada akidah.Jika seseorang itu dilahirkan dalam islam maka sudah nampak dia seorang yang bertuah.Oleh itu,dia lahir dan pulang dengan syahadahnya maka lahirlah ketuahannya keran ini adalah jaminan-jaminan kebahagiaan di akhirat kelak.

Disini sahaja huraian pasal bertuah.segala yang betul datang daripada Allah dan yang salah datang dari diri saya sendiri.

Assalamualikum warahmatullahiwabarokatu...
peace no wars..:)