Saturday, 14 September 2013

Baran membawa padah!!!

Dari Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki meminta nasihat drpd rasulullah s.a.w.Katanya,"berilah wasiat kpd ku".Sabda rasulullah,"jgnlah engkau marah".Lelaki itu mengulangi lagi permintaan nya.Rasulullah menjawab jawapan yg sama.

dari hadith tersebut kita dpt tahu bahawa rasulullah telah wasiatkan supaya jgn lah kita marah,lebih lagi kita perlu tanam sifat sabar dlm diri.Tentang marah ni ada juga di ceritakan dlm firman Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t :

Dan lebih baik dan lebih kekal lagi bagi org-org yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji dan apabila mereka marah disebabkan perbuatn yng tidak patut terhadap mereka,mereka memaafkan. (asy-syuura:37)


                                     

perasaan marah ni memang Allah dah letak dlm diri seorang manusia sejak di azali.Perasaan marah juga boleh ke tahap yg lebih tinggi iaitu 'BARAN'.Sebenar nya perasaan marah ni wujud disebabkan adanya nafsu,jika tidak dapat mengawal nafsu marah ia akan menjadi lebih teruk.


                               

                      ni lah gambar jika anda tidak dapat mengawal nafsu marah.

bagi orang islam sifat marah ni adalah salah satu cabaran yang Allah berikan kepada hambanya.Ini kerana sifat marah sangat di benci oleh Allah dan rasul.Perkara tersebut telah tertyera di sebut dalam hadith rasulluh di atas.

memanglah benar perkara yang boleh menimbulkan kemarahan itu amat banyak khususnya cabaran masa kini dan kerenah manusia sendiri.Jika difikirkan,sifat marah bertujuan dan ada tempat seperti memarahi org yg melanggar perintah Allah,tetapi lebih baik kita elak kerana ia boleh menyebabkan permusuhan dan pergaduh.
                                 
                         kemarahan boleh membawa kepada pembunuhan.(gambar hiasan)


sifat marah ni juga datang dari psikologi manusia,ada yg mewarisi sifat bapa atau ibunya.mengikut pakar psikologi,sifat marah ni adalah sifat normal manusia.Namun ia bergantung kepada individu yg menterjemahkan rasa marah masing-masing.Ada suatu pandangan yg menganggap faktor ginetik iaitu baka keturunan turut mempengaruhi sifat mudah marah dan memberontak.

satu soalan: siapakah yang lebih cepat mara?lelaki atau perempuan?

Tiada data yg menunjukkan sama ada lelaki atau perempuan yg lebih cepat marah.Tetapi pada pandangan saya lelaki kurang daya toleransi menyebabkan mereka dilihat lebih mudah diekpresikan sifat marah.

kesan daripada marah:

sifat marah yg keterlaluan boleh menyebabkan seseorang itu ada tekanan darah tinggi dan migrain.Perkara ini amat berbahaya jika tidak dpt dibendung.


Dalam islam telah diterapkan pelbagai cara untuk mengawal kemarahan.Kembali lah kita kepada al-quran dan sunnah.Al-quran lah sebagai panduan,dan sunnah sebagai contoh kita.Kembali kepada Allah adalah satu cara yg terbaik bagi seorang muslim.



                                                                   
                                              
                 
                                            'Allah adalah yg terbaik'







No comments:

Post a Comment